Selamat datang kami ucapkan kerana melayari, laman web rasmi SK Banang Jaya Batu Pahat. Pelbagai maklumat anda boleh perolehi daripada laman web ini yang meliputi pelbagai aspek seperti maklumat terkini menngenai SK Banang Jaya, contoh-contoh rancangan mengajar tahunan, alat bantu mengajar, aplikasi-aplikasi dan bermacam-macam lagi.
Anda digalakkan login dahulu sebelum anda meneruskan layaran portal ini. Jika anda belum mempunyai kata laluan, sila daftar untuk menjadi ahli dengan menekan butang Login.
Papan Kenyataan Sekolah
Peraturan Memasuki Kawasan Sekolah
Adalah dimaklumkan bahawa bermulanya sesi persekolahan 2008,
semua tetamu dikehendaki melaporkan diri di pondok pengawal
sebelum dibenarkan memasuki dan berurusan dengan pihak sekolah.
Hanya kenderaan yang mempunyai pelekat kenderaan rasmi SK Banang Jaya
dibenarkan untuk memasuki kawasan sekolah tanpa perlu melaporkan diri
di pondok pengawal.
Jika anda ingin membuat aduan, anda dipersilakan menggunakan aplikasi e-Aduan. Sistem ini adalah untuk kemudahan para ibu bapa untuk memberi maklumbalas dan juga cadangan membangun bagi pihak sekolah memperbaiki perkhidmatan yang diberikan.
Segala maklumbalas daripada para ibu bapa amatlah dialu-alukan untuk meningkatkan prestasi sekolah.
Para ahli-ahli PIBG yang budiman dijemput untuk memberikan idea ataupun cadangan yang membina bagi membantu pengurusan PIBG SK Banang Jaya membantu peningkatan akademik dan sahsiah murid-murid SK Banang Jaya.
Perhatian kepada semua pengguna komputer yang menggunakan sistem operasi Windows bahawa terdapat penyebaran perisian antivirus palsu yang berleluasa di internet yang ditawarkan secara percuma. Berikut adalah senarai nama perisian tersebut :
ANTARA kelemahan pelajar sekarang ialah kurangnya minat membaca sekali gus memberi kerugian kerana bakal ketinggalan sama ada dalam aspek pembangunan diri ma hupun penambahan pengetahuan.
Suasana global yang terlalu pantas berubah bukan saja memerlukan pelajar mengetahui pelbagai isu semasa, tetapi juga keperluan ilmu pengetahuan mantap supaya mampu bersaing atau berkongsi maklumat.
Pihak SK Banang Jaya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.